Few years back I was asked to answer some questions about Kumang Gawai and its relevance being held nowadays. Basically, I find that ethnic pageantry is still relevant provided that it has the objective of educating the community of their history, past cultures and its the culture's relevance in this present age.
Taking Borneo Hornbill Festival 2018 as an example which I was the alumni since 2011; it encourages the contestants to do research on the material that they want to present. This requires one to really dive into the topic and dissect it so that it would be beneficial for the contestants and also to BHF as a whole.
The year 2018 has brought Borneo Hornbill Festival to Borneo instead of being held in Kuala Lumpur for the past 10 years since its establishment. I had the opportunity to be one of the panel jury for this year's competition and I can see a lot of improvement from the quality of contestants who joined. Next year BHF will be held in Kota Kinabalu and we hope to be able to reach to more culture enthusiasts.
Well, here goes...
1: Secara peribadi, boleh jelaskan sedikit
pertandingan kumang gawai? apa ciri-ciri seseorang itu untuk menjadi 'kumang
gawai' yang baik, adakah kecantikan semata-mata?
Secara amnya, pertandingan Kumang Gawai adalah acara yang sering
dinantikan menjelang perayaan Gawai Dayak, tidak kira baik dari suku kaum Iban,
Bidayuh mahupun Orang Ulu. Menjelang perayaan Gawai kita akan dapati banyak
pertandingan Kumang Gawai diadakan di Sarawak seperti peringkat Kampung, Daerah
dan Bahagian sepanjang bulan Mei sehingga 1 Jun.
Sebelum saya menjelaskan lebih terperinci lagi mengenai Kumang Gawai,
ingin saya membawa para pembaca untuk mengenali siapakah Kumang dalam dan
signifikan beliau dalam masyarakat Iban. Kumang bermaksud “dewi ibu” dalam
mitos Iban yang terkenal dengan bakat beliau dalam menenun pua kumbu dan
menganyam yang sangat tinggi. Kumang juga bersifat lemah-lembut dan mempunyai
kecantikan yang tiada tolok bandingannya selain daripada mempunyai ciri-ciri
ideal seorang wanita. Atas dasar itu Kumang adalah dewi ibu yang sangat
dihormati dan boleh dikatakan menjadi inspirasi atau idola bagi wanita Iban
kerana mempunyai ciri-ciri tersebut.
Berbalik kepada pertandingan Kumang Iban, kita sering mendengar bahawa
tiket kemenangan untuk mendapat gelaran Kumang dalam satu-satu pertandingan
Kumang Gawai adalah berdasarkan kecantikan paras rupa seseorang wanita
tersebut. Kenyataan itu mungkin benar bagi pertandingan yang diadakan pada zaman
dahulu, akan tetapi sejajar dengan arus pemodenan sekarang, pertandingan Kumang
Gawai tidak hanya melihat kepada kecantikan seseorang bahkan beliau dinilai
dari segi kebijaksanaan beliau dalam menjawab soalan, pakaian tradisi yang
dipakai lebih-lebih lagi set pakaian yang asli dan tersusun rapi selain
daripada bakat-bakat lain yang mungkin ada pada calon-calon tersebut.
Ingin saya mencuri perhatian para pembaca kepada pertandingan yang
dianjurkan oleh Persatuan Warisan Sarawak di Kuala Lumpur iaitu Borneo Hornbill
Festival pada setiap tahun. Sepertimana yang kita tahu, lazimnya pertandingan
Kumang Gawai yang diadakan di Sarawak mensyaratkan pemakaian Ngepan Iban yang
“standard” sebagai salah satu syarat untuk bertanding. Borneo Hornbill Festival
pula adalah platform bagi para peserta untuk memperagakan ngepan Iban yang lama
yang pernah wujud pada suatu ketika dahulu.
Pada tahun 2011, saya telah dinobatkan sebagai Kumang Iban Borneo
Hornbill Festival dengan memperagakan Ngepan Rawai Tinggi dari suku kaum Iban
Saribas. Ngepan ini adalah agak ringkas pemakaiannya berbanding dengan ngepan
yang selalu kita lihat pada masa kini. Keistimewaannya ialah rawai tinggi yang
diperbuat daripada tembaga dan rotan yang dipakai melitupi dada sehingga ke
pinggang si pemakai. Ngepan ini juga dilengkapi dengan kain kebat pua kumbu
yang ditenun sebagai kain pendek pemakainya. Akhir sekali pemakaiannya
dilengkapkan dengan sugu tinggi, tumpa, gelang kaki dan lampit.
Kemenangan ngepan ini telah mencetuskan kontroversi kerana tidak pernah
dipertontonkan dalam mana-mana pertandingan Kumang dan tidak kurang juga yang
mempersoalkan kewujudan ngepan tersebut. Atas sebab itu saya telah mewujudkan
sebuah blog yang menjelaskan kewujudan ngepan rawai tinggi dan juga asal usul
ngepan tersebut. Tidak terhenti di situ sahaja, saya juga memakai ngepan rawai
tinggi tersebut pada sesi bergambar pra-perkahwinan dan juga pada hari
perkahwinan saya. Hari demi hari ngepan rawai tinggi semakin mendapat perhatian
oleh masyarakat Iban terutamanya untuk “mencari” ngepan ini di serata tempat
dan saya gembira kerana melalui kontroversi itu ianya telah mencetuskan
inspirasi bagi mereka untuk mempelajari ngepan Iban yang lama.
Sehingga ke hari ini peserta-peserta Borneo Hornbill Festival telah
menjadikannya platform kepada banyak ngepan Iban yang lama yang mungkin hanya
kelihatan di muzium ataupun buku-buku dan jurnal-jurnal sejarah sahaja. Sebagai
salah seorang yang aktif terlibat dalam Borneo Hornbill Festival saya melihat
ianya bukan pertandingan kecantikan semata-mata, malah ia adalah unik kerana
mensyaratkan para peserta untuk mengkaji asal-usul pakaian tersebut serta
melakukan kajian-kajian budaya mereka seperti adat resam, tusun tunggu, tarian
ngajat, makanan, perayaan dan sebagainya. Peserta dinilai melalui pengetahuan
mereka mengenai kajian tersebut dan juga personaliti dan disiplin mereka.
Pada pendapat saya, pemilihan seseorang Kumang Gawai sebaik-baiknya
bukan hanyalah daripada kecantikan luaran sahaja, kerana kecantikan itu adalah
sangat subjektif. Selain daripada itu, budi pekerti seseorang wanita itu juga
sangat penting kerana bakal Kumang Gawai tersebut akan menjadi contoh kepada
masyarakat umum. Seorang bakal Kumang Gawai juga harus mempunyai daya pemikiran
yang tinggi dan bijaksana kerana beliau akan menjadi contoh kepada masyarakat
sekelilingnya.
2: Boleh jelaskan perincian mengenai pakaian
tradisional wanita Iban dan bagaimana untuk menilai set pakaian yang baik.
Sepertimana yang kita tahu salah satu kriteria bagi menentukan
kemenangan Kumang Gawai adalah melalui pekaian baju tradisionalnya iaitu
dikenali sebagai ngepan. Perlu diingatkan bahawa di Sarawak terdapat pelbagai
jenis suku dalam Iban seperti suku Saribas, Batang Ai, Batang Rajang, Balau,
Undup dan sebagainya. Oleh itu cara pemakaian ngepan adalah berbeza mengikut
suku dan kawasan. Sebagai contoh, pada masa dahulu suku kaum Saribas adalah
terkenal dengan pemakaian ngepan Rawai tinggi mereka iaitu korset tembaga yang
meliputi bahagian dada sehingga pinggang bersama-sama dengan kain kebat iaitu
kain pendek pua kumbu. Iban Balau pula dikenali dengan pemakaian baju Kuas atau
Kapuas yang mana hiasan dada yang berwarna hitam dan berlabuci dipakai sebagai
melengkapkan ngepan mereka, bagi Iban di Kapit pula mereka mempunyai ngepan
yang khas di mana hiasan kepala mereka diperbuat daripada manik lama yang
dikenali sebagai Dujung Marik dan dilengkapkan dengan baju marik yang diperbuat
daripada manik-manik lama.
Di Sarawak, tidak banyak pertandingan yang menganjurkan pertandingan
yang membenarkan pemakaian baju Iban yang lama seperti yang dinyatakan
terdahulu. Pemakaian ngepan bagi pertandingan zaman sekarang adalah lebih
kepada ngepan yang sering kita lihat iaitu lengkap dengan sugu tinggi (hiasan
kepala), marek empang/tango (hiasan dada yang diperbuat daripada manik),
selampai (selendang panjang yang ditenun), lampit (tali pinggang perak), kain
kebat atau kain karap (sebagai skirt pendek), tumpa (gelang perak), rawai,
sementing ringgit/sementing buchai, buah pauh (aksesori perak yang dipegang),
perca (sapu tangan) dan geruncong kaki (gelang kaki). Pemarkahan tinggi akan
diberikan kepada aksesori yang asli dan juga pemakaian yang disusun dengan rapi
serta betul susunannya.
3:Apa signifikannya penganjuran kumang gawai
yang banyak diadakan menjelang perayaan gawai.
Pertandingan Kumang Gawai seringkali diadakan menjelang perayaan Gawai
Dayak sebagai memeriahkan sesebuah majlis kerana ia menjadi “highlight” utama
bagi majlis tersebut selain daripada memperingati Kumang sebagai dewi Ibu
masyarat Iban. Dalam pada masa yang sama, pertandingan Keling Gawai juga turut
diadakan iaitu pertandingan yang melibatkan penyertaan pihak lelaki untuk
memperagakan kegagahan mereka sebagai Keling Iban atau Dewa pahlawan Iban
melalui pemakaian ngepan khas bagi lelaki Iban.
4:
Nasihat kepada belia wanita iban di luar mengenai kepentingan pemuliharaan seni
budaya masyarakat Iban. Apa yang perlu mereka lakukan?
Kredit gambar-gambar penghias : Akaun Facebook Agnes Berangan Jilum
2 comments:
مؤسسة ارض الكنانة
شركة تنظيف بالرياض
شركة تنظيف مساجد بالرياض
شركة كشف تسربات المياة بالرياض
شركة نقل اثاث بالرياض
شركة نقل اثاث من الرياض الي الامارات
شركة نقل اثاث من الرياض الى الاردن
شركة الصفرات لنقل الاثاث بالرياض
شركة الصفرات لنقل الاثاث شمال الرياض
شركة الصفرات لنقل الاثاث شرق الرياض
شركة الصفرات لنقل العفش بالرياض
شركة الصفرات لنقل الاثاث جنوب الرياض
اسعار شركة الصفرات لنقل الاثاث غرب الرياض
شركة الصفرات لتخزين الاثاث بالرياض
شركة الصفرات لتخزين الاثاث شرق الرياض
شركة الصفرات لتخزين العفش غرب الرياض
شركة الصفرات لتخزين العفش شمال الرياض
شركة الصفرات لتخزين الاثاث جنوب الرياض
شركة الصفرات لشراء الاثاث المستعمل بالرياض
شركة الصفرات لشراء الاثاث المستعمل شرق الرياض
شركة الصفرات لشراء الاثاث المستعمل غرب الرياض
محلات شراء الاثاث المستعمل بالرياض
حقين شراء الاثاث المستعمل بالرياض
Post a Comment